Showing posts with label MEKAP. Show all posts
Showing posts with label MEKAP. Show all posts

Monday, 17 November 2014

MAKE OVER (SITI)

Assalamualaikum semua.

Mekap : Light make up
Model : Siti (age 36)
Juru Mekap : saya :)





Sunday, 20 April 2014

PERBEZAAN JIKA ANDA BERMEKAP DAN TIDAK BERMEKAP

Assalamualaikum semua. Saya buat entry ini untuk menunjukkan perbezaan antara wajah yang dimekapkan dengan yang tidak dimekapkan. Baiklah, saya telah cuba di muka saya sendiri. Sebelah wajah, saya mekap, sebelah lagi saya tidak mekap. Haha , jangan terkejut tengok wajah saya macam ni ya.ini sebab saya nak tunjukkan perbezaan.

Saya lebih tumpukan pada bahagian mata untuk menampakkan perbezaan. Jom kita lihat perbezaannya.

* sesiapa yang nak perkhidmatan mekap especially light mekap dan tak terlalu tebal untuk mekap dinner /tunang ke boleh la contact saya yer:)





Saturday, 28 December 2013

MEKAP DINNER - HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA


TARIKH: 11/12/2013
TEMPAT: HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua, maaf lmbt up entry ni. Saya pergi make up Nadia. Dulu Nadia ada attend kelas mekap bergerak saya dan sekali lagi Nadia request untuk make up dinner jabatan  dia. Jadi saya start mekap dia dalam pukul 6 di bilik hotel. Nadia request tak mahu pakai bulu mata palsu dan dia juga request nak mekap soft soft je.    

Sorry keadaan di bilik hotel dengan lampu pun tak terang..lampu pula jenis yang kaler oren oren camtu...jadi kualiti gambar pon tidak begitu bagus. 






MAKE UP DINNER - SIMPLE AND SOFT

Assalamualaikum semua, 
Hari ini saya dpt job dari jiran saya iaitu Kak Zaharah. Kak Zaharah nak attend dinner company suami dia anjurkan di Shah Alam. Jadi dia minta saya mekapkan dia.Tidak terlalu sarat dan tebal make up untuk Kak Zaharah.

Customer: Kak Zaharah
Event: Dinner
Tempat mekap: Bukit Jalil (rumah Kak Zaharah)
Make up :simple and soft. Bulu mata palsu yang simple dan tidak tebal

Gambar guna handphone saya yang tiada lighting langsung dan tidak diedit apa2. Maaf kualiti gambar tidak memuaskan .

SEBELUM DIMEKAP

SELEPAS DIMEKAP 


  

Tuesday, 10 December 2013

MEKAP KAKAK PENGANTIN @ RUMAH TAMU DATIN HALIJAH SENTUL

Assalamualaikum, entry ni sepatutnya saya up da lama dah..Kenduri pun dah lama lepas.hadoehhh..:(

Saya memang jenis lupa sungguh kalau bab ambil gambar. Lepas saya mekap ,saya terus balik. Dah sampai rumah baru teringat. Nasib ada gambar client saya ni di facebook dia. Jadi saya ambil satu gambar dia ni. Tapi dah lama dah saya ambil baru teringat ada dalam handphone. Tapi maaf lah gambar sebelum x ada..dah namanya lupa...hahah.

Customer saya ni nama dia Puan Norhana ..Saya panggil Hana sahaja. Yang kahwin bukan dia tapi adik dia. Namun dia hired saya untuk mekap dia di hari bahagia adik dia. Terima kasih Hana.

Mereka buat kenduri ni di Rumah Tamu Datin Halijah. Hana ni baik sangat..Layanan dia bagi pada saya memang best sangat..rasa macam lama dah kenal.

Satu jer gambar dia. Saya tatau dia snap guna handphone ke or camera. Kalau x jelas sorry  yer..:)



Wednesday, 27 November 2013

KELAS MEKAP 8/12/2013- PRESINT 18 PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini selesai KELAS MEKAP BERGERAK KE RUMAH ANDA!. Hari ini dua orang sahabat baik dan dua-dua nama Nadia. Maka sorang saya panggil Nad, dan seorang lagi saya panggil Nadia untuk elak kekeliruan. Kelas asas mekap ni saya pergi ke rumah Nad di Presint 18. Alhamdulillah selamat sampai dan yang terharu layanan Nadia dan Nad sungguh baik..Terharu..Tq Nad dan Nadia.:) 

Kelas bermula : Dalam jam 10.30 pagi.
Selesai habis : Dalam jam 1.15 petang
Barang-barang: Barang mereka sendiri yang mana ada ja dan barang saya juga:) 

Cara saya, saya ajar teknik mekap kepada mereka berdua dan mereka aplikasi pada muka mereka sendiri dan mereka saling membantu mekap sesama mereka. Saya tolong mereka sikit-sikit sahaja apply kat muka mereka sebab saya nak diaorang buat sendiri. Pelbagai teknik yang saya ajar pada mereka.  

Tapi saya sangat kagum sebab Nad dan Nadia sangat sabar dan hasilnya bagi mereka yang first time mekap betul sangat menakjubkan bagi saya. Syabas Nad dan Nadia. Jom kita layan gambar mereka. 

Gambar A: Saya ni memang pelupa. Nasib masa tengah bentuk kening saya teringat so baru permulaan mekap maka saya sempat snap gambar mereka. Nad,keningnya agak tebal dan Nadia pula keningnya sangat nipis dan hampir tiada penghujung bulu kening. See , Nad dan Nadia cuba buat kening mereka sendiri dan hasilnya seperti di bawah. Saya guna teknik sorok bulu kening. heheh. Gambar muka sahaja sebab saya menghormati mereka bertudung ya. Pandaikan Nad dan Nadia bentukkan kening walaupun mereka agak kekok..Tapi saya puji mereka, mereka tak putus asa.
Nad

Nadia

Gambar B: Mereka mekap sendiri dan cuba membantu antara satu sama lain. Muafakat la katakan..hehe..Mana mekap yang mereka ada ,mereka gunakan sebab saya nak selepas tamat belajar mereka
boleh guna barang yang mereka ada..