Saturday 28 December 2013

MEKAP DINNER - HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA


TARIKH: 11/12/2013
TEMPAT: HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua, maaf lmbt up entry ni. Saya pergi make up Nadia. Dulu Nadia ada attend kelas mekap bergerak saya dan sekali lagi Nadia request untuk make up dinner jabatan  dia. Jadi saya start mekap dia dalam pukul 6 di bilik hotel. Nadia request tak mahu pakai bulu mata palsu dan dia juga request nak mekap soft soft je.    

Sorry keadaan di bilik hotel dengan lampu pun tak terang..lampu pula jenis yang kaler oren oren camtu...jadi kualiti gambar pon tidak begitu bagus. 






MAKE UP DINNER - SIMPLE AND SOFT

Assalamualaikum semua, 
Hari ini saya dpt job dari jiran saya iaitu Kak Zaharah. Kak Zaharah nak attend dinner company suami dia anjurkan di Shah Alam. Jadi dia minta saya mekapkan dia.Tidak terlalu sarat dan tebal make up untuk Kak Zaharah.

Customer: Kak Zaharah
Event: Dinner
Tempat mekap: Bukit Jalil (rumah Kak Zaharah)
Make up :simple and soft. Bulu mata palsu yang simple dan tidak tebal

Gambar guna handphone saya yang tiada lighting langsung dan tidak diedit apa2. Maaf kualiti gambar tidak memuaskan .

SEBELUM DIMEKAP

SELEPAS DIMEKAP 


  

Tuesday 10 December 2013

MEKAP KAKAK PENGANTIN @ RUMAH TAMU DATIN HALIJAH SENTUL

Assalamualaikum, entry ni sepatutnya saya up da lama dah..Kenduri pun dah lama lepas.hadoehhh..:(

Saya memang jenis lupa sungguh kalau bab ambil gambar. Lepas saya mekap ,saya terus balik. Dah sampai rumah baru teringat. Nasib ada gambar client saya ni di facebook dia. Jadi saya ambil satu gambar dia ni. Tapi dah lama dah saya ambil baru teringat ada dalam handphone. Tapi maaf lah gambar sebelum x ada..dah namanya lupa...hahah.

Customer saya ni nama dia Puan Norhana ..Saya panggil Hana sahaja. Yang kahwin bukan dia tapi adik dia. Namun dia hired saya untuk mekap dia di hari bahagia adik dia. Terima kasih Hana.

Mereka buat kenduri ni di Rumah Tamu Datin Halijah. Hana ni baik sangat..Layanan dia bagi pada saya memang best sangat..rasa macam lama dah kenal.

Satu jer gambar dia. Saya tatau dia snap guna handphone ke or camera. Kalau x jelas sorry  yer..:)



Monday 9 December 2013

JIKA HENDAK TEMPAHAN MEKAP DI YAN @ SP KEDAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, 

JIka ada sesiapa yang nak buat tempahan mekap terutamanya di daerah yan  dan Sungai Petani Kedah boleh call saya dua atau tiga bulan awal untuk buat tempahan awal..Saya boleh get ready untuk pulang ke kampung lebih awal.

Kalau ada yang hendak kahwin masaTahun  BAru Cina di kawasan berkenaan dan memerlukan mak andam, bolehlah hubungi saya di talian 017-3218351(Kak Intan)

Siapa ada jual produk especially foundation giffarine atau supra kroyolan bagitau yer..saya tengah mencari2

MEKAP NIKAH DAN KAHWIN DI KUALA LIPIS, PAHANG

Salam semua…

Banyak yg belum saya publish lagi dan belum go through satu persatu segala komen kawan2 sekalian.maafkan saya.owh penatnya saya..huhu…

23 hb bertolak dengan mak mertua dan husband ke rumah bakal mak su (rakan saya juga)  di Kg Berchang, Kuala Lipis Pahang. Sampai malam terus terbongkang di rumah yg disediakan untuk family kitaorang.

24 hb Mei..rombongan sedara mara saya sampai di Kg Berchang, Kuala Lipis. Depa sewa bas DBKL untuk 2 hari. penuh bas cik kiah …dan ada lg yg berkereta..Bayangkan dalam rumah yg ala2 homestay tu penuh sedara mara kitaorg dan bergelimpangan tidur.  Saya ramai sepupu lelaki maka husband dan sepupu sepapat lelaki dan bapa2 sedara semua telah terjah ke satu homestay yg lain sebab situ ada kolam ikan. Tapi sepupu sepapat perempuan semua x nak tidor sana..banyak nyamuk..haha..Tapi Pak Su (pengantin) dengan sepupu sepapat semua pulun tidoq sana pastu duk mancing sampai kul 4 pg….amboeh depa..

Okey2 berbalik cerita kenduri ni.

24 hb jam 5 petang saya dah standby rumah maksu.  Dia request untuk make up nikah yang simple and light2 je…so saya buat make up ikut permintaan pengantin.  Guna bulu mata yg simple je..bukan yg lebat sampai leh buat awning ..koh koh…

25 hb  hari bersanding..saya buat tebal sikit tapi make up still lembut dan simple..haa …yg ni guna bulu mata tebal…nampak ler galak sikit matanya ye…saya siap mekapkan pengapit sekali..

Dan 1 hb Jun ni saya akan mekapkan lagi..so tunggu yer..nanti sy upload lagi lepas settle majlis.

So layanlah beberapa keping gambar. Mana yg terlebih terkurang mohon maaf ya. 


Jika sesiapa ingin dapatkan servis mekap saya boleh contact saya di talian 017-3218351 (area KL/Selangor) ..If negeri lain, masih boleh dirundingkan.:) Harga berpatutan.

P/s: maaf ler..ni guna kamera biasa je..dan takder edit apa2..huhu
MALAM AKAD NIKAH
HARI KENDURI




MAK MERTUA DAN MAK2 SEDARA SAYA


HUSBAND DAN OUR COUSINS




PENGAPIT- SIMPLE JE SAYA MEKAPKAN.






PERMULAAN MENJADI MAK ANDAM

KELAS MEKAP YG SAYA HADIR

INI SAYA MEKAP MUKA SAYA SENDIRI

Salam semua...dah lama giler x update blog ni..Sepanjang x update blog ni macam2 berlaku..Oppsss sebelum tu nak ucap pada semua muslimin dan muslimat sekalian.. Salam RAMADAN...semoga beroleh keberkatan di bulan yg mulia ini. Ok, sy ni memang suka tgk alat2 solek dan sy suka menyolek orang sebab suka tgk org cantik selain suka buat cupcake versi sendiri, baking kek dan memasak :) ..jadi mula2 step kumpul sdikit demi sedikit brg2 make up..pastu cr kelas make up dan sy putuskan attend kelas yg dianjurkan oleh Wani Malek...cita2 saya nak jadi make up artist x kisah lah part time pon ok laa..:) dapatla buat part time sikit...so inila asilnya sy make sendiri muka sy..kitaorang mekap muka sendiri selepas ditunjuk ajar by our sifu Wani Malek dan Kak Nita...so doakan sy supaya dpt capai cita2 sy ni..maafla yer kalau make up n x begitu cantik macam MUA lain yg sememangnya profesional...sy budak baru blajo..

MEKAP PENGANTIN – DEWAN BERLIAN WISMA LJT

Sabtu baru (1/6/2013)  ni berlangsung majlis kahwin Paksu saya  di KL. So kat sini saya mekap sekali lagi. 

Pengantin perempuan request mekap simple and soft sekali lagi. Dan pengantin lelaki pon sy touch up sikit supaya nampak segar. :))

Jika sesiapa ingin dapatkan servis mekap saya boleh contact saya di talian 017-3218351 (area KL/Selangor) ..If negeri lain, masih boleh dirundingkan.:) Harga berpatutan.

sorry gambar bukan dr kamera pro:))









Wednesday 27 November 2013

KELAS MEKAP 8/12/2013- PRESINT 18 PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini selesai KELAS MEKAP BERGERAK KE RUMAH ANDA!. Hari ini dua orang sahabat baik dan dua-dua nama Nadia. Maka sorang saya panggil Nad, dan seorang lagi saya panggil Nadia untuk elak kekeliruan. Kelas asas mekap ni saya pergi ke rumah Nad di Presint 18. Alhamdulillah selamat sampai dan yang terharu layanan Nadia dan Nad sungguh baik..Terharu..Tq Nad dan Nadia.:) 

Kelas bermula : Dalam jam 10.30 pagi.
Selesai habis : Dalam jam 1.15 petang
Barang-barang: Barang mereka sendiri yang mana ada ja dan barang saya juga:) 

Cara saya, saya ajar teknik mekap kepada mereka berdua dan mereka aplikasi pada muka mereka sendiri dan mereka saling membantu mekap sesama mereka. Saya tolong mereka sikit-sikit sahaja apply kat muka mereka sebab saya nak diaorang buat sendiri. Pelbagai teknik yang saya ajar pada mereka.  

Tapi saya sangat kagum sebab Nad dan Nadia sangat sabar dan hasilnya bagi mereka yang first time mekap betul sangat menakjubkan bagi saya. Syabas Nad dan Nadia. Jom kita layan gambar mereka. 

Gambar A: Saya ni memang pelupa. Nasib masa tengah bentuk kening saya teringat so baru permulaan mekap maka saya sempat snap gambar mereka. Nad,keningnya agak tebal dan Nadia pula keningnya sangat nipis dan hampir tiada penghujung bulu kening. See , Nad dan Nadia cuba buat kening mereka sendiri dan hasilnya seperti di bawah. Saya guna teknik sorok bulu kening. heheh. Gambar muka sahaja sebab saya menghormati mereka bertudung ya. Pandaikan Nad dan Nadia bentukkan kening walaupun mereka agak kekok..Tapi saya puji mereka, mereka tak putus asa.
Nad

Nadia

Gambar B: Mereka mekap sendiri dan cuba membantu antara satu sama lain. Muafakat la katakan..hehe..Mana mekap yang mereka ada ,mereka gunakan sebab saya nak selepas tamat belajar mereka
boleh guna barang yang mereka ada..