Sunday, 20 April 2014

PERBEZAAN JIKA ANDA BERMEKAP DAN TIDAK BERMEKAP

Assalamualaikum semua. Saya buat entry ini untuk menunjukkan perbezaan antara wajah yang dimekapkan dengan yang tidak dimekapkan. Baiklah, saya telah cuba di muka saya sendiri. Sebelah wajah, saya mekap, sebelah lagi saya tidak mekap. Haha , jangan terkejut tengok wajah saya macam ni ya.ini sebab saya nak tunjukkan perbezaan.

Saya lebih tumpukan pada bahagian mata untuk menampakkan perbezaan. Jom kita lihat perbezaannya.

* sesiapa yang nak perkhidmatan mekap especially light mekap dan tak terlalu tebal untuk mekap dinner /tunang ke boleh la contact saya yer:)





Friday, 11 April 2014

MEKAP DINNER - PALM GARDEN RESORT IOI HOTEL PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah..Kali ni saya mekapkan Kak Mona dari RTM Perlis. Diaorang ada dinner di Putrajaya. Saya memang tak kenal Kak Mona ni asalnya tapi bila saya sampai jer baru saya kenal yang Kak Mona ni rupanya senior saya masa sekolah menengah dulu. 

Rakan sebilik Kak Mona, iaitu Kak Hasmah kebetulan minta saya mekapkan dia juga. Rezeki yang tak disangka pula. Kak Hasmah pula dari BERNAMA dan diaorang memang media dari Perlis lah kiranya.

Ada sedikit masalah masa nak mekap tu sebab hari dah hampir malam, tapi lampu dalam hotel tu beberapa biji ja, dan saya takut juga la kang mekap mekap bercampuk muka orang.. haaa apa tau saya buat, kejap kejap ajak customer g toilet bilik sebab situ jer lampu terang. Harap pihak hotel ambil perhatian masalah lampu ni..hehe..

Tarikh: 11 April  2014
Tempat : Palm Garden Resort , Putrajaya
Make Up Request: Tak Nak tebal, nak natural, tak nak eyelashes
* gambar yang diambil menggunakan kamera tanpa di edit, saya cuma tambah frame gambar dan letak watermark saja. :)

KAK MONA BEFORE MAKE UP

KAK MONA AFTER MAKE UP

KAK HASMAH  BEFORE MAKE UP - OK , N SAYA AMBIL WAKTU TGH NAK BUAT KENING DIA SEBAB DIA HAMPIR TIADA KENING..SATU GARIS JER, JADI SAYA TEBALKAN SIKIT KENING DIA.:

HAMPIR SIAP- TGK CAHAYA DALAM BILIK HOTEL MMG AGAK TERUK

MEREKA BERDUA AFTER MAKE UP :)

JOM PI DINNER! HEHE



KELAS ASAS MEKAP -KEM SG BESI

Salam semua..
Lamanya saya x update blog...sorry sangat sebab busy sangat dan x sempat nak buka blog. Okey Ahad baru ini iaitu 6 April 2014 saya ke Kem Sg Besi. Seorang customer iaitu Izan ingin belajar asas mekap. Sebaik sampai di rumah Izan, adik Izan ada sama. 

Jadi Izan telah mekapkan adik dia. Ini pertama kali dia mekapkan wajah orang. Jadi saya bagi sikit tunjuk ajar dan dia buat sedikit demi sedikit. Dia buat sendiri ya. Saya kagum walaupun pertama kali dia tetap berjaya dan saya harap dia tak jemu untuk terus belajar dan belajar sebab saya nampak dia minat dalam bidang andaman ini. 

Okey, ini je gambar nya... saya tak sempat ambil pic banyak..kelam kabut..hihi..sorry hp saya kurang jelas imejnya. Hope semua enjoy ya.:)